Archive for Saturday, November 28, 2009


Sebetulnya, lama sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum Bumiputra/Pribumi lain di Borneo dan bagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar.
Manakala orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung, Sumatera dan pulau-pulau lain biasanya membina rumah sesebuah (ala banglo) yang didiami oleh sekeluarga besar; sesetengah suku-kaum di Borneo lebih gemar kepada konsep ‘rumah panjang’ yang memuatkan seluruh kampung! Yakni setiap keluarga menghuni satu bahagian seperti ‘apartment’ yang dideretkan sebelah-menyebelah, dengan anjung terbuka di hadapan (dipanggil ‘ruai’ di Sarawak) yang menyambungkan semua unit menjadi sebuah bangunan panjang.
Bahan binaan yang digunakan diambil dari sumber alam yang boleh diperbaharui, yakni pelbagai jenis kayu-kayan, juga buluh dan rotan hinggalah kepada daun-daun pelepah.
Kerangka atau struktur rumah pula menggunakan sistem tebuk-tembus dan pasak yang tidak memerlukan paku. Yakni pembinaan rumah papan Melayu sebenarnya ialah suatu sistem pasang-siap. Maka rumah itu boleh juga ‘ditanggal-buka’ dan di pasang semula di tempat lain, persis yang dibuat oleh Badan Warisan Malaysia untuk Rumah Penghulu Abu Seman, yang dipindahkan dari negeri Kedah ke Kuala Lumpur.
Selain itu, cara binaan tanpa paku juga membuatkan rumah lebih anjal (flexible), sehingga ianya boleh diangkat melalui ‘gotong-royong’ orangramai dan dialih tempat.
Walaupun rumah yang benar-benar tradisional tidak menggunakan sebatang paku pun, namun diakui bahawa bagi rumah kayu yang lebih baru, ada juga elemen bukan struktur seperti isian dinding yang memakai paku.
Dari sudut rekabentuk juga, rumah adat Melayu boleh dikatakan amat canggih dan memuatkan ciri-ciri bistari, lagi kena dengan gaya hidup selesa mengikut adat dan alam.
Ciri-ciri pintar ini termasuklah penyejukan atau pengudaraan semulajadi (natural ventilation), peneduhan (shading), keselamatan dan keamanan (safety and security) serta ‘kepersendirian’ (privacy).
Contohnya sifat paling ketara pada rumah tradisi Melayu ialah ianya didirikan atas tiang. Pelbagai kelebihan muncul dari ‘keterapungan’ ini; termasuklah mengelakkan dari mudah masuknya binatang liar, serta terangkat dari aras banjir. Rumah juga lebih sejuk akibat pengudaraan pada semua bahagian (dari atas, tepi-tepi dan bawah). Selain itu, ruang kosong di bawah rumah (juga disebut ‘polong’) menjadi tempat yang sesuai untuk menyimpan segala macam barang perkakas.
Rumah Melayu juga selalunya terbahagi dua bahagian: yang utama dipanggil ‘Rumah Ibu’ (sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga), sementara bahagian kedua ialah ‘Rumah Dapur’. Pengasingan ini juga pintar – kebakaran selalunya terjadi dari api masakan; maka jika dapur terbakar, lebih mudah mengawal sebahagian tertentu seperti Rumah Dapur saja dan mengurangkan bahaya Rumah Ibu juga dijilat api dengan cepat.
Jika rumah perlu dibesarkan, struktur ‘Rumah Tengah’ pula boleh ditambah di antara Rumah Ibu dan Rumah Dapur.
Selain itu, selalunya di depan rumah mesti ada bahagian lantai yang lebih rendah dari aras Rumah Ibu. Ianya berbumbung tapi selalunya tak berdinding, cuma berpagar susur (railings). Ini dipanggil ‘serambi’, ataupun ‘selasar’ di setengah tempat di Pantai Timur. Ia menjadi tempat pengantara di antara luar dan dalam rumah untuk duduk bekerja, beristirehat atau menerima tetamu yang tak perlu masuk ke dalam Rumah Ibu, yakni tidak mengganggu keluarga.
Di belakang rumah pula ada ‘pelantar’ yang menjadi tempat kerja basah atau basuhan, yakni sama juga seperti konsep ‘ruang kerja’ atau ‘work area’ bagi apartmen dan rumah moden.
Rumah tradisi yang memang terangkat atas tiang bagi menambah pengudaraan itu juga ada pelbagai gaya tingkap, termasuk jenis tingkap sependiri seperti ‘French window’, guna untuk masuk angin dan cahaya.
Dengan adanya berbagai keping ukiran berlubang di dinding bukan saja sebagai perhiasan, tapi juga bagi menggalakkan udara dan cahaya masuk menceriakan rumah. Ukiran-ukiran pada rumah Melayu berunsur corak geometrik atau tumbuhan (tiada corak fauna hidupan kerana larangan agama), dan banyak yang amat halus pengukirannya.
Bahan penutup bumbung tradisi, yakni anyaman pelepah daun seperti nipah ataupun bumbung genting tanah liat seperti yang dipanggil genting ‘Senggora’ di Pantai Timur Semenanjung Melayu, juga memainkan peranan menyejukkan rumah. Malangnya sekarang ini kepingan zink lebih disukai-ramai kerana ianya murah dan senang dipasang, tapi menyebabkan rumah lebih berbahang dan bising pula semasa hujan.
Bumbung rumah Melayu sentiasa jenis condong untuk kesesuaian cuaca hujan panas tropika (tiada bumbung rata atau leper), dan ada dua kategori utama: gaya ‘bumbung panjang’ (atap pelana) dan keduanya ‘bumbung lima’ atau ‘limas’ (atap perisai). Bumbung panjang ialah jenis yang lebih mudah, yakni hanya satu perabung membentuk bukaan segitiga di kedua-dua hujung yang membenarkan pemasangan penutup tebar layar.
‘Bumbung lima’ ialah jenis yang ada lima perabung (atau juga empat perabung bagai piramid untuk struktur ringkas seperti pondok wakaf). Lebih canggih lagi, ‘bumbung lima’ ini ditambah struktur segitiga di atasnya lalu dipanggil ‘limas’ (dari ‘lima emas’ karena suatu masa dulu hanya rumah orang berada atau pembesar yang berbumbung limas, dan mungkin mula digunakan semasa Kesultanan Johor-Riau).
Dua-dua jenis bumbung ini boleh melahirkan apa jua kombinasi bentuk bumbung yang boleh difikirkan, dan ada tempat yang mempunyai corak bumbung tersendiri seperti bumbung rumah Minangkabau Negeri Sembilan (yakni sejenis bezaan ‘bumbung panjang’). Bumbung rumah tradisi juga pasti ada unjuran (emper/overhangs) untuk teduh dari panas dan hujan lebat. Sepanjang tepian hujung bumbung pula selalu dipasang cucur atap atau 'papan cantik' berukir.
Sesetengah rumah pula ada bilik di dalam rongga bumbung (iaitu seperti ‘attic’, kadangkala dipanggil ‘loteng’ atau ‘lenting’), hatta membuat rumah yang sedia terangkat atas tiang itu menjadi rumah tiga tingkat. Malahan telah ada istana kayu lama yang dibina setinggi lima atau enam tingkat, dengan struktur tanpa sebarang paku pun. Satu contoh indah ialah Istana Seri Menanti di Negeri Sembilan, Malaysia selain juga di Sumatera, Borneo dan Tanah Bugis, Sulawesi.
Malangnya, bangunan sehebat manapun dari bahan organik seperti kayu tidak tahan jika tidak disenggara rapi. Maka warisan rumah papan ini akan pupus tanpa adanya pembinaan rumah asli baru, lebih lagi jika ilmu senibinanya juga hilang dari kalangan orang Melayu.
Kebanyakan arsitek/jurubina tempatan, dalam menimba dan mengejar senibina ala Barat, tidak mengendahkan lagi ilmu binaan tradisi. Sedangkan ilmu senibina lama masih mampu dikaji untuk memberi penyelesaian atau dimajukan lagi buat kesesuaian hidup gayakini.



Stuktur Bangunan Tertinggi Di Dunia


Berikut merupakan senarai pencakar langit yang disusun mengikut:
  • tinggi struktur (tinggi dari tapak tanah hingga unsur struktur tertinggi). Senarai ini dikemaskini oleh Emporis.
  • titik tertinggi bangunan.
Cuma bangunan dan boleh didiami diterima. Untuk struktur lain, lihat senarai bangunan dan struktur tertinggi di dunia dan senarai struktur tertinggi di dunia.

Mengikut unsur seni bina

KedudukanBangunanBandar  Negara  Tinggi  Tingkat Siap dibina 
1Taipei 101TaipeiFlag of the Republic of China.svg Taiwan509 m1,671 ft1012004
2Shanghai World Financial CenterShanghaiFlag of the People's Republic of China China492 m1,614 ft1012008
3=Menara Berkembar PETRONAS 1Kuala LumpurBendera Malaysia Malaysia452 m1,483 ft881998
3=Menara Berkembar PETRONAS 2Kuala LumpurBendera Malaysia Malaysia452 m1,483 ft881998
5Menara SearsChicagoFlag of the United States Amerika Syarikat442 m1,451 ft1081973
6Menara Jin MaoShanghaiFlag of the People's Republic of China China421 m1,380 ft881998
7Two International Finance CentreHong KongBendera Hong Kong Hong Kong SAR415 m1,362 ft882003
8CITIC PlazaGuangzhouFlag of the People's Republic of China China391 m1,283 ft801997
9Shun Hing SquareShenzhenFlag of the People's Republic of China China384 m1,260 ft691996
10Bangunan Empire StateNew York CityFlag of the United States Amerika Syarikat381 m1,250 ft1021931
11Central PlazaHong KongBendera Hong Kong Hong Kong SAR374 m1,227 ft781992
12Menara Bank Of ChinaHong KongBendera Hong Kong Hong Kong SAR367 m1,205 ft721990
13Menara Bank of AmericaNew York CityFlag of the United States United States366 m1,200 ft542008
14Menara AlmasDubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu360 m1,181 ft742008
15Menara Pejabat EmiratesDubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu355 m1,163 ft542000
16Menara Tuntex SkyKaohsiungFlag of the Republic of China.svg348 m1,140 ft851997
17Aon CenterChicagoFlag of the United States Amerika Syarikat346 m1,136 ft831973
18The CenterHong KongBendera Hong Kong Hong Kong, China346 m1,135 ft731998
19John Hancock CenterChicagoFlag of the United States Amerika Syarikat344 m1,127 ft1001969
20=Menara RoseDubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu333 m1,093 ft722007
20=Shimao International PlazaShanghaiFlag of the People's Republic of China China333 m1,093 ft602006
22Minsheng Bank BuildingWuhanFlag of the People's Republic of China China331 m1,087 ft682007
23=Ryugyong HotelPyongyangBendera Korea Utara Korea Utara330 m1,083 ft1051992
23=China World Trade Center Tower 3BeijingFlag of the People's Republic of China China330 m1,083 ft742008
25Q1Gold CoastBendera Australia Australia323 m1,058 ft782005
26Burj Al ArabDubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu321 m1,053 ft601999
27=Bangunan ChryslerNew York CityFlag of the United States Amerika Syarikat319 m1,046 ft771930
27=Nina Tower IHong KongBendera Hong Kong Hong Kong, China319 m1,046 ft802006
27=Bangunan New York TimesNew York CityFlag of the United States Amerika Syarikat319 m1,046 ft522007
30Bank of America PlazaAtlantaFlag of the United States Amerika Syarikat312 m1,023 ft551992
31U.S. Bank TowerLos AngelesFlag of the United States Amerika Syarikat310 m1,018 ft731989
32Menara TelekomKuala LumpurBendera Malaysia Malaysia310 m1,017 ft552001
33Jumeirah Emirates Towers HotelDubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu309 m1,014 ft562000
34One Island EastHong KongBendera Hong Kong Hong Kong, China308 m1,011 ft702008
35AT&T Corporate CenterChicagoFlag of the United States Amerika Syarikat307 m1,007 ft601989
36JPMorgan Chase TowerHoustonFlag of the United States Amerika Syarikat305 m1,002 ft751982
37Menara Baiyoke IIBangkok800px-Flag of Thailand.svg-1-.png Thailand304 m997 ft851997
38Two Prudential PlazaChicagoFlag of the United States Amerika Syarikat303 m995 ft641990
39=Wells Fargo PlazaHoustonFlag of the United States Amerika Syarikat302 m992 ft711983
39=Kingdom CentreRiyadh744px-Flag of Saudi Arabia.svg-1-.png Arab Saudi302 m992 ft412002
41First Canadian PlaceTorontoBendera Kanada Canada298 m978 ft721976
42=Eureka TowerMelbourneBendera Australia Australia297 m975 ft912006
42=Comcast CenterPhiladelphiaFlag of the United States Amerika Syarikat297 m975 ft572008
44Yokohama Landmark TowerYokohamaBendera Jepun Jepun296 m972 ft701993
45Emirates CrownDubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu296 m971 ft632008
46311 South Wacker DriveChicagoFlag of the United States Amerika Syarikat293 m961 ft651990
47SEG PlazaShenzhenFlag of the People's Republic of China China292 m957 ft702000
48American International BuildingNew York CityFlag of the United States Amerika Syarikat290 m952 ft661932
49Key TowerClevelandFlag of the United States Amerika Syarikat289 m947 ft571991
50=Plaza 66ShanghaiFlag of the People's Republic of China China288 m945 ft662001
50=One Liberty PlacePhiladelphiaFlag of the United States Amerika Syarikat288 m945 ft611987
52Columbia CenterSeattleFlag of the United States Amerika Syarikat285 m937 ft761985
53Millennium TowerDubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu285 m935 ft602006
54Tomorrow SquareShanghaiFlag of the People's Republic of China China285 m934 ft552003
55Chongqing World Trade CenterChongqingFlag of the People's Republic of China China283 m929 ft602005
56Cheung Kong CentreHong KongBendera Hong Kong Hong Kong, China283 m928 ft621999
57The Trump BuildingNew York CityFlag of the United States Amerika Syarikat283 m927 ft701930
58Bank of America PlazaDallasFlag of the United States Amerika Syarikat281 m921 ft721985
59=UOB Plaza OneSingapuraFlag of Singapore (bordered).svg Singapura280 m919 ft661992
59=Republic PlazaSingapuraFlag of Singapore (bordered).svg Singapura280 m919 ft661995
59=OUB CentreSingapuraFlag of Singapore (bordered).svg Singapura280 m919 ft631986
62Citigroup CenterNew York CityFlag of the United States Amerika Syarikat279 m915 ft591977
63Hong Kong New World TowerShanghaiFlag of the People's Republic of China China278 m913 ft612002
64Diwang International Commerce CenterNanningFlag of the People's Republic of China China276 m906 ft542006
65Scotia PlazaTorontoBendera Kanada Kanada275 m902 ft681988
66Williams TowerHoustonFlag of the United States Amerika Syarikat275 m901 ft641983
67Wuhan World Trade TowerWuhanFlag of the People's Republic of China China273 m896 ft581998
68=Renaissance TowerDallasFlag of the United States Amerika Syarikat270 m886 ft561974
68=The Cullinan North TowerHong KongBendera Hong Kong Hong Kong, China270 m886 ft682007
68=The Cullinan South TowerHong KongBendera Hong Kong Hong Kong, China270 m886 ft682007
71China International CenterGuangzhouFlag of the People's Republic of China China270 m884 ft622007
72Dapeng International PlazaGuangzhouFlag of the People's Republic of China China269 m884 ft562004
7321st Century TowerDubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu269 m883 ft552003
74Naberezhnaya Tower CMoscowFlag of Russia.svg Rusia268 m881 ft612007
75Al Faisaliyah CenterRiyadh744px-Flag of Saudi Arabia.svg-1-.png Arab Saudi267 m876 ft30[2]2000
76=900 North MichiganChicagoFlag of the United States Amerika Syarikat265 m871 ft661989
76=Bank of America Corporate CenterCharlotteFlag of the United States Amerika Syarikat265 m871 ft601992
76=SunTrust PlazaAtlantaFlag of the United States Amerika Syarikat265 m871 ft601992
79=Bocom Financial TowersShanghaiFlag of the People's Republic of China China265 m869 ft522002
79=Al Kazim Tower 1DubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu265 m869 ft532008[B]
79=Al Kazim Tower 2DubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu265 m869 ft532008[B]
82=Triumph-PalaceMoscowFlag of Russia.svg Rusia264 m866 ft572005
82=Bluescope Steel CentreMelbourneBendera Australia Australia264 m866 ft521991
84Samsung Tower Palace 3 - Tower GSeoulFlag of South Korea (bordered).svg Korea Selatan264 m865 ft732004
85Trump World TowerNew York CityFlag of the United States Amerika Syarikat262 m861 ft722001
86Shenzhen Special Zone Press TowerShenzhenFlag of the People's Republic of China China262 m860 ft481998
87=Water Tower PlaceChicagoFlag of the United States Amerika Syarikat262 m859 ft741976
87=Grand Gateway Shanghai IShanghaiFlag of the People's Republic of China China262 m859 ft522005
87=Grand Gateway Shanghai IIShanghaiFlag of the People's Republic of China China262 m859 ft522005
90Aon CenterLos AngelesFlag of the United States Amerika Syarikat262 m858 ft621973
91=Hotel PanoramaHong KongBendera Hong Kong Hong Kong, China261 m856 ft642007
91=TD Canada Trust TowerTorontoBendera Kanada Kanada261 m856 ft531990
93=Post & Telecommunication HubGuangzhouFlag of the People's Republic of China China260 m853 ft662003
93=101 Collins StreetMelbourneBendera Australia Australia260 m853 ft501991
93=Transamerica PyramidSan FranciscoFlag of the United States Amerika Syarikat260 m853 ft481972
93=Dual Tower 1ManamaFlag of Bahrain (bordered).svg Bahrain260 m853 ft532007
93=Dual Tower 2ManamaFlag of Bahrain (bordered).svg Bahrain260 m853 ft532007
93=Fortune PlazaBeijingFlag of the People's Republic of China China260 m835 ft632008
99=GE BuildingNew York CityFlag of the United States Amerika Syarikat259 m850 ft691933
99=Chase TowerChicagoFlag of the United States Amerika Syarikat259 m850 ft601969
99=Commerzbank TowerFrankfurtBendera Jerman Jerman259 m850 ft561997
102PBCOM TowerMakati600px-Flag of the Philippines.svg-1-.png Filipina259 m848 ft552000
103Two Liberty PlacePhiladelphiaFlag of the United States Amerika Syarikat258 m848 ft581990
104=Lanko·Grand Hyatt HotelChongqingFlag of the People's Republic of China China258 m864 ft602006
104=Grand LisboaMacau750px-Flag of Macau.svg.png Macau258 m846 ft522008[B]
106Park TowerChicagoFlag of the United States Amerika Syarikat257 m844 ft672000
107MesseTurmFrankfurtBendera Jerman Jerman257 m842 ft551990
108=Sorrento 1Hong KongBendera Hong Kong Hong Kong, China256 m841 ft752003
108=U.S. Steel TowerPittsburghFlag of the United States Amerika Syarikat256 m841 ft641970
110=The Harbour Hotel & ResidenceDubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu256 m840 ft592007
110=Mok-dong Hyperion I TowerSeoulFlag of South Korea (bordered).svg Korea Selatan256 m840 ft692003
110=Rinku Gate Tower BuildingIzumisanoBendera Jepun Jepun256 m840 ft561996
113=Langham Place Office TowerHong KongBendera Hong Kong Hong Kong, China255 m837 ft592004
113=New Century Plaza Tower ANanjingFlag of the People's Republic of China China255 m837 ft482006
115Capital TowerSingaporeFlag of Singapore (bordered).svg Singapura254 m833 ft522000
115Chase TowerIndianapolisFlag of the United States Amerika Syarikat253 m829 ft481990
117HighcliffHong KongBendera Hong Kong Hong Kong, China252 m828 ft722003
118=Osaka World Trade Center BuildingOsakaBendera Jepun Jepun252 m827 ft551995
118=Bank of Shanghai HeadquartersShanghaiFlag of the People's Republic of China China252 m827 ft422005
120=The HarboursideHong KongBendera Hong Kong Hong Kong, China251 m824 ft732003
120=Rialto TowersMelbourneBendera Australia Australia251 m824 ft631986
122Jiali PlazaWuhanFlag of the People's Republic of China China251 m823 ft611997
123=Caja Madrid TowerMadridBendera Sepanyol Sepanyol250 m820 ft452007
123=Beijing Yintai Centre Tower 2BeijingFlag of the People's Republic of China China250 m820 ft632007
123=One Atlantic CenterAtlantaFlag of the United States Amerika Syarikat250 m820 ft501987
123=Chelsea TowerDubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu250 m820 ft492005
123=Wisma 46JakartaFlag of Indonesia (bordered).svg Indonesia250 m820 ft481996
123=Angsana Suites TowerDubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu250 m820 ft502007
129=Torre de CristalMadridBendera Sepanyol Sepanyol249 m817 ft452007
129=KLI 63 BuildingSeoulFlag of South Korea (bordered).svg Korea Selatan249 m817 ft601985
129=Central ParkPerthBendera Australia Australia249 m817 ft521992
132=CitySpire CenterNew York CityFlag of the United States Amerika Syarikat248 m814 ft751989
132=Hangzhou No.2 Telecom HubHangzhouFlag of the People's Republic of China China248 m814 ft412003
134=One Chase Manhattan PlazaNew York CityFlag of the United States Amerika Syarikat248 m813 ft601961
134=Mid Town TowerTokyoBendera Jepun Jepun248 m813 ft542007
136State TowerBangkok800px-Flag of Thailand.svg-1-.png Thailand247 m811 ft682001
137Toyota-Mainichi BuildingNagoyaBendera Jepun Jepun247 m810 ft402006
138Conde Nast BuildingNew York CityFlag of the United States Amerika Syarikat247 m809 ft481999
139MetLife BuildingNew York CityFlag of the United States Amerika Syarikat246 m808 ft601963
140Bloomberg TowerNew York CityFlag of the United States Amerika Syarikat246 m806 ft542005
141=JR Central Office TowerNagoyaBendera Jepun Jepun245 m804 ft512000
141=Al Fattan TowerDubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu245 m804 ft512006
141=Oasis Beach TowerDubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu245 m804 ft512006
141=One Raffles Quay North TowerSingaporeFlag of Singapore (bordered).svg Singapura245 m804 ft502006
141=Shin Kong Life TowerTaipeiFlag of the Republic of China.svg Taiwan245 m804 ft511993
146=City GateRamat GanBendera Israel Israel244 m801 ft682001
146=Chifley TowerSydneyBendera Australia Australia244 m801 ft501992
148AAM TowerDubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu244 m800 ft462008[B]
149=Menara MaybankKuala LumpurBendera Malaysia Malaysia243 m799 ft501988
149=Tokyo Metropolitan Government Building, Tower ITokyoBendera Jepun Jepun243 m799 ft481991
149=R&F CentreGuangzhouFlag of the People's Republic of China China243 m799 ft542007
152=Citigroup CentreSydneyBendera Australia Australia243 m797 ft502000
152=Dalian Futures Square 1Dalian China243 m797 ft532008[B]
154The TowerDubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu243 m796 ft542002
155Federation Tower WestMoscowFlag of Russia.svg Rusia242 m795 ft622008[B]
156Dalian World Trade CenterDalianFlag of the People's Republic of China China242 m794 ft502000
157=Woolworth BuildingNew York CityFlag of the United States Amerika Syarikat241 m792 ft571913
157=IDS TowerMinneapolisFlag of the United States Amerika Syarikat241 m792 ft551972
157=Maxdo CentreShanghaiFlag of the People's Republic of China China241 m792 ft552002
157=Mellon Bank CenterPhiladelphiaFlag of the United States Amerika Syarikat241 m792 ft541990
161Bank of China MansionQingdaoFlag of the People's Republic of China China241 m791 ft541999
162Hancock PlaceBostonFlag of the United States Amerika Syarikat241 m790 ft601976
163=Four Seasons Hotel & TowerMiamiFlag of the United States Amerika Syarikat240 m789 ft722003
163=Manulife PlazaHong KongBendera Hong Kong Hong Kong, China240 m789 ft521998
165=Comerica Bank TowerDallasFlag of the United States Amerika Syarikat240 m787 ft601987
165=Sunshine 60 BuildingTokyoBendera Jepun Japan240 m787 ft601978
165=Panglin PlazaShenzhenFlag of the People's Republic of China China240 m787 ft571999
165=Moscow State UniversityMoscowFlag of Russia.svg Rusia240 m787 ft361953
165=NTT DoCoMo Yoyogi BuildingTokyoBendera Jepun Japan240 m787 ft28[12]2000
165=Bahrain World Trade Centre 1ManamaFlag of Bahrain (bordered).svg Bahrain240 m787 ft502008[B]
165=Bahrain World Trade Centre 2ManamaFlag of Bahrain (bordered).svg Bahrain240 m787 ft502008[B]
165=Deutsche Bank PlaceSydneyBendera Australia Australia240 m787 ft392005
173Mok-dong Hyperion I TowerSeoulFlag of South Korea (bordered).svg Korea Selatan239 m785 ft632003
174=Beijing TV CentreBeijingFlag of the People's Republic of China China239 m784 ft412006
174=Commerce Court WestTorontoBendera Kanada Canada239 m784 ft571972
176=Empire TowerKuala LumpurBendera Malaysia Malaysia238 m781 ft621994
176=Roppongi Hills Mori TowerTokyoBendera Jepun Jepun238 m781 ft542003
175=Tianjin Xinda PlazaTianjinFlag of the People's Republic of China China238 m781 ft512004
176=Goldman Sachs TowerJersey CityFlag of the United States Amerika Syarikat238 m781 ft422004
176=Cloud NineShanghaiFlag of the People's Republic of China China238 m781 ft582006
176=New World CenterShenzhenFlag of the People's Republic of China China238 m781 ft532006
182Bank of America CenterHoustonFlag of the United States Amerika Syarikat238 m780 ft561983
183555 California StreetSan FranciscoFlag of the United States Amerika Syarikat237 m779 ft521969
184One Worldwide PlazaNew York CityFlag of the United States Amerika Syarikat237 m778 ft501989
185225 South SixthMinneapolisFlag of the United States Amerika Syarikat237 m776 ft561992
186=Wells Fargo CenterMinneapolisFlag of the United States Amerika Syarikat236 m774 ft571988
186=Future InternationalChongqingFlag of the People's Republic of China China236 m774 ft542007
188=Torre EspacioMadridBendera Sepanyol Sepanyol236 m773 ft572007
188=Torre Sacyr VallehermosoMadridBendera Sepanyol Sepanyol236 m773 ft522007
188=Sorrento 2Hong KongBendera Hong Kong Hong Kong SAR236 m773 ft662003
191Washington Mutual TowerSeattleFlag of the United States Amerika Syarikat235 m772 ft551988
192=One Canada SquareLondonFlag of the United Kingdom.svg United Kingdom235 m771 ft501991
192=The First World Tower 1IncheonBendera Korea Selatan Korea Selatan235 m771 ft642008[B]
192=The First World Tower 2IncheonBendera Korea Selatan Korea Selatan235 m771 ft642008[B]
192=The First World Tower 3IncheonBendera Korea Selatan Korea Selatan235 m771 ft642008[B]
192=The First World Tower 4IncheonBendera Korea Selatan Korea Selatan235 m771 ft642008[B]
197=Temasek TowerSingaporeBendera Singapura Singapura235 m770 ft521986
197=191 Peachtree TowerAtlantaFlag of the United States Amerika Syarikat235 m770 ft501990
199Tokyo Opera City TowerTokyoBendera Jepun Jepun234 m769 ft541997
200=Park PlaceDubaiBendera the United Arab Emirates Emiriah Arab Bersatu234 m768 ft562007
200=CCTV HeadquartersBeijingFlag of the People's Republic of China China234 m768 ft512008[B]




MY SUPERB, AMAZED, MARVELOUS ECE SUPPORT......


ShoutMix chat widget