Archive for Tuesday, August 18, 2009















Ciri-ciri fizikal
Bangunan sembilan tingkat ini berharga RM300 juta dengan bumbung berbentuk "Terendak" . Di dalamnya terdapat dewan konvensyen dan dewan jamuan, yang masing-masing boleh memuatkan 5,000 orang dan 800 orang . Seni bina serta reka bentuk dalaman hasil kerja tangan para tukang dari Uzbekistan, yang mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di Sarawak.

Dewan ini bakal menjadi mercu tanda unik seperti Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Eiffel Tower di Paris, Perancis dan Sydney Opera House di Australia.
KeLuasnya 760 meter persegi dengan ketinggian 27.7 meter dan garis pusat 30.9 meter serta dikelilingi kawasan hijau seluas 50 hektar, termasuk taman orkid.

Ia dibina di atas bukit berhampiran Sungai Sarawak dengan panorama Astana Sarawak di sebelah kiri dan Kota Ford Margherita di sebelah kanannya


Menara Berkembar PETRONAS

(menurut ejaan rasmi) di Kuala Lumpur Malaysia, merupakan struktur yang tertinggi di dunia apabila diukur dari aras pintu utama sehingga ke puncak struktur antara 1998 dan 2004. Ia telah dipintas oleh menara Taipei 101 pada 17 October 2003. Menara Berkembar PETRONAS masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia, dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke 20. Pengkritik mendakwa bahawa ia cuma tertinggi pada salah satu dari empat kategori yang ada, walaupun sebenarnya tiga kategori yang lain itu cuma diperkenalkan apabila menara berkembar ini hampir siap pada akhir 1996.

Perbandingan dengan bangunan tinggi lain

Syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas, bertekad untuk membina bangunan tertinggi dunia. Walaupun bangunan lain seperti Menara Sears mempunyai tingkat dihuni lebih tinggi, kemuncak (pinnacle) lebih tinggi, dan atap yang lebih tinggi, puncak (spires) Menara Berkembar PETRONAS menjulang sehingga 452 meter (1483 kaki) — tertinggi sehinggalah Taipei 101. Mengambil kesempatan berkenaan peraturan mengenai ukuran bangunan (mengira puncak (spires) tetapi menolak antena) telah menimbulkan banyak kontrovesi di atas dakwaan Menara Berkembar PETRONAS sebagai gelaran menara tertinggi dunia.

Kejadian pertama menggunakan puncak (spire) untuk meningkatkan tinggi diwartakan sesebuah bangunan adalah apabila Bangunan Chryler didirikan. Puncak tersebut dibina secara rahsia bagi membolehkan Bangunan Chrysler berdiri lebih tinggi berbanding Bangunan Bank Mahattan.

Pembinaan

Menara Berkembar PETRONAS dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan Segi Tiga Emas Kuala Lumpur Ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac1996.

Menara kaca dankeluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Mlaysia. Struktur asas merupakan rekabentuk yang dimajukan dari bangunan Chicago yang dibatalkan.

Untuk membuat tapak Menara Berkembar PETRONAS, bumi digali sedalam 117 meter, iaitu setinggi bangunan lima tingkat. Sejumlah 7,000 meter padu simen Konkrit telah dituangkan selama dua minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan 100,000 tan,

Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau putting Beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.

Terdapat 12 biji lanpu disekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar PETRONAS RM270 juta

Kemudahan

Menara Berkembar PETRONAS

Di bawah Menara Berkembar PETRONAS merupakan kompleks membeli-belah popular, dikenali sebagai Suria KLCC

Taman KLCC

Di luar bangunan terdapat sebuah taman yang di reka bentuk oleh Pasukan Pembangunan Taman, Projek Pusat Bandar Kuala Lumpur KLCC). Di taman ini terdapat kolam air pancut, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat galeri seni ukir dan mural.

Surau

Terdapat juga sebuah Surau yang dibina untuk kegunaan orang ramai. Surau ini didirikan berasaskan seni bina Islam dan mampu menampung sehingga 6,000 jemaah. Terdapat juga Masjid Asy-syakirin Klcc yang terletak bersebelahan dengan bangunan KLCC.

Jambatan angkasa

Menara Berkembar PETRONAS mempunyai laluan angkasa antara kedua menara pada tingkat 41 dan 42. Ia setinggi 170 meter dan sepanjang 58 meter. Tingkat yang sama dikenali sebagai podium kerana pelawat yang ingin pergi lebih tinggi perlu singgah untuk bertukar lif. Jambatan angkasa terbuka kepada semua tetapi perlu mengambil pas pelawat.

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur adalah pusat pameran dan konvensyen utama di Kuala Lumpur, Malaysia.Pusat pameran dan konvensyen yang dibina khas ini merupakan sebahagian dari kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, dan juga dikenali sebagai KLCC.

Maklumat Lokasi Kuala Lumpur

Status Siap dibina

Tempoh pembinaan 1992 - 1998

Kegunaan Pejabat Dibuka 31 Ogos 1999

Musnah - Ketinggian Antena/Puncak 452.0 m (1,482.9 ka)

Bumbung 378.6 m (1,242.1 ka)

Tingkat atas 375.0 m (1,230.3 ka)

Maklumat teknikal Bilangan tingkat 88 Keluasan tingkat 395,000 m²
(4,252,000 sq ft)
(1 & 2) Bilangan lif 78 (1 & 2) Kos

Syarikat-syarikat Arkitek Cesar pelli

Jurutera Thornton Tomasetti dan Ranhill Bersekutu Sdn Bhd

Kontraktor Hazama Corporation (Menara 1), Samsung Constructions dan Kukdong Engineering & Construction (Menara 2)

Pemaju - Pemilik

MY SUPERB, AMAZED, MARVELOUS ECE SUPPORT......


ShoutMix chat widget